Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
TATACARA PERMOHONAN | |
---|---|
1 | Sila pastikan maklumat profil anda di INSID adalah terkini dan tepat. |
2 | Jenis kenderaan dan pemandu akan ditentukan oleh Unit Kenderaan. |
3 | Borang ini perlu diisi untuk proses kelulusan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan. |
4 | Sila isi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap seperti nama dan nombor telefon pegawai. |
5 | Sila tulis dengan jelas tujuan tempahan kenderaan. |
6 | Sekiranya permohonan untuk kenderaan sahaja, hanya pegawai yang diberi pelantikan sebagai pemandu gantian yang dibenarkan untuk memandu kenderaan jabatan. |
7 | Unit Kenderaan berhak menentukan keutamaan penggunaan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan lewat. |
8 | Kenderaan Jabatan hendaklah digunakan untuk tujuan rasmi sahaja secara gunasama oleh pegawai-pegawai yang tidak dibekalkan dengan Kereta Rasmi Jawatan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan 4.1 - Pengurusan Kenderaan Kerajaan. |
9 | Keputusan kelulusan permohonan kenderaan adalah muktamad. Sebarang pertukaran kenderaan tidak dibenarkan. |
10 | Tempahan kenderaan melalui telefon tidak akan dilayan. |
PERINGATAN | |
---|---|
1 | Sila hubungi pemandu yang telah ditentukan oleh Unit Kenderaan sehari sebelum perjalanan. |
2 | Penumpang hendaklah berada di lokasi pengambilan selewat-lewatnya 10 minit lebih awal dari perjalanan. |
3 | Penumpang yang tidak muncul dalam masa 20 minit dari masa permohonan akan mengakibatkan permohonan tersebut terbatal secara automatik. |
4 | Kelulusan permohonan akan diberikan bergantung kepada kesesuaian dan kekosongan pemandu/kenderaan jabatan. |
5 | Keputusan kelulusan permohonan kenderaan adalah muktamad. Sebarang pertukaran kenderaan tidak dibenarkan. |
6 | Sila maklumkan segera kepada pegawai berkenaan jika terdapat
sebarang pembatalan atau perubahan masa berkaitan permohonan
kenderaan. BKPK Azliana Binti Ahmad Faudzi azliana@kpdn.gov.my 0388825933 BPGK Tuan Mohammad Daud Bin Ali muhammaddaud@kpdn.gov.my 0388826547 |